Dipukul Awek Depan Khalayak Ramai

awek ganas

KUALA LUMPUR : Kerana menasihati supaya teman wanitanya menjadi perempuan yang lebih baik/sopan lelaki terbabit telah dibelasah oleh teman wanitanya sendiri dikhalayak ramai.

Kejadian ini berlaku pada 7 malam Rabu lalu ketika mangsa bertemu dengan teman wanitanya itu di pusat beli belah di Putrajaya.

“Mangsa menganggap kejadian itu menjatuhkan air muka kerana teman wanitanya langsung tidak menghormatinya, malah sanggup memperlakukan dia sedemikian di depan orang ramai.

“Tidak tahan kelakuan wanita itu, lelaki berkenaan segera membawa wanita terbabit keluar dari kompleks berkenaan lalu menuju parkir untuk mengambil motosikal,” katanya.

Sumber itu berkata, ketika dalam perjalanan mengambil motosikal, teman wanita lelaki itu masih tidak puas hati dan mengungkit kata-kata nasihat yang diberikan mangsa.

“Akibatnya berlaku pertengkaran sekali lagi dan kali ini mangsa diperlakukan lebih kejam apabila teman wanitanya mencakar muka selain menghentak kepalanya dengan topi keledar.

“Tidak cukup dengan itu, mangsa turut diketuk dengan komputer riba miliki wanita berkenaan,” katanya.
Menurutnya, selepas puas membelasah teman lelakinya, wanita terbabit sekali lagi berang apabila mendapati komputer ribanya rosak dan dia meminta mangsa membayar ganti rugi.

“Teman wanita lelaki itu mendakwa mangsa punca komputer riba miliknya rosak dan meminta dia membayar kos atas segala kerosakan.

“Namun, mangsa mempersoalkan tindakan teman wanitanya itu dan mendakwa kerosakan berkenaan bukan berpunca daripadanya,” katanya.

Sumber itu berkata, mendengar kata-kata itu, wanita terbabit sekali lagi naik angin dan kali ini dia bertindak lebih biadab apabila mengugut mengupah rakan-rakannya supaya merogol ibu dan adik perempuan mangsa.

“Selain itu, wanita terbabit merampas kunci motosikal mangsa dan lelaki berkenaan yang takut ugutan dan kejadian yang menimpa dirinya membuat laporan polis,” katanya. HMETRO

Persoalannya mengapa wanita terbabit sanggup melakukan sedemikian rupa?

Popularity: 7%

Tags: , , , , , , , , , ,
Subscribe to Comments RSS Feed in this post

2 Responses

  1. waaa…ganasnye…

  2. putus je … awek banyak lag kat luar ….
    kalo bawak court gerenti mamat tu menang… 100% salah awek 2…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*