
KUALA LUMPUR : Seorang ibu yang sedang hamil 12 minggu di temui mati di Taman Tasik Perdana. Janinnya juga dilaporkan terkeluar kerana dipijak berdasarkan kesan pijak pada perut mangsa.
Mayat mangsa yang ditemui telahpun berulat dan dianggarkan telah meninggal dunia kira-kira 5-6 hari yang lalu.
“Dia memakai jam jenama Omega dan bajunya pula sudah reput. Fizikalnya berambut ikal serta panjang. Selain itu, polis menemui topi keledar bersebelahan mayat.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat atau kehilangan ahli keluarga diminta menghubungi balai polis berhampiran,” katanya selepas merasmikan Program Kempen Derma Darah Peringkat Polis Kuala Lumpur Sempena Peringatan Hari Polis ke-203, di sini, semalam.
Popularity: 6%