
Pengurus Arsenal, Arsene Wenger menyeru agar penyokong Arsenal tidak menghina bekas penyerang Arsenal Emmanuel Adebayor semasa pertembungan menentang Man City malam ini.
Wenger juga menyifatkan tindakan penyokong Arsenal yang menghina bekas-bekas pemain yang juga nama besar Arsenal suatu ketika dahulu, Adebayor, Toure dan Viera hanya akan merencatkan corak permainan malam ini.
Bagi Wenger, sorakan padu untuk pasukan sendiri lebih baik berbanding hinaan ke atas pemain lawan.
Wenger juga akan cuba menenangkan emosi penyerangnya walaupun pertelingkahan yang berlaku antara Van Persie dan Adebayor itu masih belum selesai.
Keputusan yang telah dibuat oleh bekas pemain-pemain Arsenal yang berhijrah ke City haruslah dihormati dan bukan untuk dikecam, ujar Wenger.
Adebayor juga telah dihukum atas perlakuannya ke atas penyokong Arsenal setelah menjaringkan gol ketika menentang Arsenal tempoh lalu.
Wenger secara professional menegaskan bahawa pemain-pemain tersebut telah membuat keputusan yang betul untuk karier bola sepak mereka dan tiada dendam dari Arsenal.
Pemain-pemain Arsenal perlu fokus untuk perlawanan malam ini untuk mengukuhkan tempat di tangga ke-3 liga selepas dikalahkan secara mengejut oleh Wolves minggu lepas.
City juga positif apabila turun menentang Arsenal kelak meskipun masih tidak dapat menerima hakikat dikejutkan oleh Man United pada minit akhir perlawanan minggu lepas.
Popularity: 3%