
Genap seminggu mendakap Piala FA, Negeri Sembilan mendapat satu mimpi ngeri apabila mudah dijinakkan oleh skuad Red Warrior di Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi malam semalam.
Kemenangan menerusi sepakan penalti ke atas pasukan Kedah dalam perlawanan akhir Piala FA tempoh hari belum cukup untuk menaikkan semangat juang pasukan Negeri Sembilan apabila diaibkan oleh Kelantan di tempat sendiri.
Gol Kelantan dijaringkan menerusi satu gerakan solo yang cantik sebelum disudahkan dengan sempurna oleh pemain kebangsaan Indra Putra Mahyudin pada minit ke-29.
Belum pun sempat pasukan Negeri Sembilan mengatur gerak untuk menyamakan kedudukan, Mohd. Daudsu Jamaluddin menambah episod duka Negeri Sembilan di tempat sendiri dengan meyumbat gol kedua.
Kemenangan bergaya Kelantan ke atas penyandang juara Piala FA itu disempurnakan oleh Badri Razi dan sekaligus melengkapkan jaringan ketiga skuad Red Warriors.
Kemenangan 3-1 Kelantan semalam dilihat mampu menjadi peniup semangat bagi skuad Red Warrior untuk meneruskan misi merangkul kejuaraan liga.
Popularity: 3%