
Tauke pisau cukur terkemuka dunia yang juga merupakan pemilik rasmi pasukan Liverpool telah mengumumkan yang mereka akan mengundurkan diri selaku pemegang saham terbesar pasukan tersebut.
Pengunduran Hicks dan Gillete ini dilihat sebagai langkah untuk menaikkan semula martabat dan maruah pasukan Liverpool yang telah terlacar ekoran kemerosotan prestasi pasukan tersebut musim ini.
Ada juga segelintir pihak yang menyifatkan pengunduran mereka adalah untuk lari dari bebanan hutang dan menutup malu kerana tidak mengotakan janji pada pasukan Liverpool.
Tugas sebagai ‘chairman’ kini digalas oleh Martin Broughton untuk sementara waktu sebelum ada individu lain tampil untuk membeli kelab tersebut.
Liverpool kini hanya mampu menduduki tangga ke-6 liga dengan berbaki 4 perlawanan sahaja lagi dengan mereka masih bergelut untuk melayakkan diri ke pusingan play off liga juara-juara musim hadapan.
Walaupun buntu dengan prestasi pemainnya, pengurus Liverpool, Benitez tetap yakin yang pasukannya tetap mampu untuk membuat ‘magic’ pada saat-saat akhir seperti yang pernah dilakukan mereka pada musim sebelumnya.
Tekanan ini juga dirasai oleh ayam tambatan Liverpool, Fernando Torres yang mengeluarkan kenyataan bahawa dia akan menyertai Manchester United sekiranya Liverpool tidak membeli sekurang-kurangnya 5 pemain bertaraf ‘star’ untuk musim hadapan.
Agaknya sebab ni la owner Liverpool letak jawatan. Kalau sorang ‘star’ harganya 60ribu euro, 5 orang dah 300ribu euro. wow! Tokey pisau cukur kene cukur dengan player sendiri.
Popularity: 2%