Man U Garang, Chelsea Tumbang

scholes

Peminat fanatik Mau U pasti berasa lega setelah berakhir perlawanan yang menyaksikan kemenangan mutlak milik pasukan mereka setelah berjaya menumbangkan lawannya City malam semalam.

Gol penyelamat Scholes pada minit ke-90 perlawanan memastikan United pulang dengan 3 mata penuh sekaligus merapatkan jurang dengan pendahulu liga Chelsea .

United dilihat berpeluang cerah untuk menjuarai liga musim ini dengan kelebihan 1 perlawanan dan hanya perbezaan 1 mata berbanding pendahulu liga ketika ini.

Namun begitu, kegembiraan ini tidak dapat dikongsi bersama peminat Chelsea apabila pasukan mereka tumbang di White Hart Lane dengan kemenangan berpihak kepada Spurs 2-1.

Jermain Defoe menyempurnakan sepakan penalti untuk gol pertama Spurs selepas bola terkena tangan Terry seawal minit ke-15 sebelum Bale menambah derita Chelsea dengan sepakan cantik pada minit ke-44.

Derita Chelsea ditambah pula dengan layangan kad merah terhadap ketua pasukan mereka John Terry apabila beliau dilayangkan kad kuning kedua perlawanan setelah mengasari Bale.

Penguasaan Chelsea pada babak kedua perlawanan tampak buntu dengan barisan serangan yang tumpul diketuai oleh  dan dibantu oleh Nicholas Anelka. Gol saguhati Chelsea bagaimanapun berjaya diperolehi pada penghujung babak kedua perlawanan setelah Lampard berjaya menyudahkan lerengan cantik dari pemain gantian Micheal Ballack.

Kekalahan ini sekaligus meletakkan Chelsea dalam zon bahaya untuk merangkul kejuaraan liga apabila terpaksa mengharapkan United kalah sekurang-kurangnya 1 perlawanan dari baki 4 perlawanan. Tahniah diucapkan kepada Red Devils!

Popularity: 2%

Tags: , , , , , , , , , ,
Subscribe to Comments RSS Feed in this post

One Response

  1. Chelsea 35 77
    Man Utd 35 76
    Arsenal 34 71
    Tottenham 34 64
    Man City 34 62
    Liverpool 34 56
    Aston Villa 33 55

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*