
Bola sepak ketika ini bukan lagi seperti yang kita saksikan suatu ketika dahulu. Bakat yang semakin menyerlah menyaksikan ramai pemain bola sepak dunia menempa nama dalam arena bola sepak.
Sudah pastinya dengan kemsyuran yang dimiliki pemain, banyak syarikat pengiklanan mengambil kesempatan menjadikan bintang bola sepak ini sebagai ikon produk mereka.
Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak Perancis pada Mac 2010, senarai 10 pemain bola sepak yang memperoleh pendapatan tertinggi setakat ini adalah seperti berikut:
1. Messi Barcelona 33 Juta €uro
2. Beckham Milan 30.4 Juta €uro
3. Cristiano Real Madrid 30 Juta €uro
4. Kaká Real Madrid 18.8 Juta €uro
5. Henry Barcelona 18 Juta €uro
6. Ronaldinho Milan 17.2 Juta €uro
7. Carlos Tévez Manchester City 15.4 Juta €uro
8. Ibrahimovic Barcelona 14.5 Juta €uro
9. Lampard Chelsea 14.2 Juta €uro
10. Eto’o Inter 13.8 Juta €uro
Sekiranya diteliti, Beckham mengalami kemerosotan pendapatan sehingga jatuh ke tangga ke-2 mungkin disebabkan oleh kecederaan yang dialaminya kini.
Pemain yang tersenarai di atas juga merupakan antara himpunan pemain yang terhebat di dunia ketika ini kecuali Beckham yang lebih mencipta nama dalam bidang peragaan bersama isterinya Victoria.
Oleh sebab itu, bayaran yang diperolehi mereka untuk mewakili kelab masing-masing dan sebagai model juga sangat tinggi. Jadi tidak hairanlah mengapa pemain bola sepak ketika ini sangat kaya.
Popularity: 7%
August 29, 2010 at 11:56 AM
messi and amin