Ain AF8 Tersingkir Di Saat Akhir

ain

Seperti yang kita semua tahu, Akademi Fantasia sememangnya dipenuhi dengan pelbagai elemen yang berunsurkan kejutan.

Kejutan tersebutlah yang menyebabkan pelajar yang dikenali sebagai Ain AF8 atau nama sebenarnya Nadiawaty Ainul Basir disingkirkan melalui undian SMS.

Ramai yang beranggapan penyanyi mirip Beyonce ini mampu untuk beraksi di pentas final program realiti no 1 di Malaysia itu berdasarkan kepada bakat yang dimiliki.

Namun begitu, kuasa undian telah mengatasi segala-galanya apabila Ain diumumkan sebagai pelajar yang tersingkir dalam debaran minggu lalu.

Dengan peratusan undian terendah iaitu sebanyak 12.94%, Ain akan megikuti jejak langkah rakan-rakan lain seperti Farina, Anum, Alif dan lain-lain.

Meskipun sedih dengan keputusan yang diumumkan, Ain walaubagaimanapun terpaksa akur kerana memang itu lah adat menjadi pelajar AF.

“Saya akui saya sedih kerana terlepas peluang untuk ke pusingan akhir tetapi ini tidak bermakna saya akan berhenti menyanyi,” kata Ain selepas diumumkan tersingkir.

Apa-apa pun, diharapkan Ain akan mampu menyinar setanding dengan artis lain kerana beliau merupakan bekas pelajar yang sangat berbakat seperti apa yang pernah dilakukan oleh Aizat sebelum ini.

Popularity: 4%

Tags: , , , , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*