
Memang besar nilainya 11.5 juta itu. Tapi kisah disebaliknya hanya individu tertentu sahaja yang tahu.
Masyarakat di luar sana tidak harus menghukum sebaliknya perlu menilai terlebih dahulu sejauh manakah kebenarannya.
“Saya juga mangsa dan bukan penipu seperti tuduhan segelintir pelabur…nama saya digunakan individu tertentu untuk meraih keuntungan mudah,” kata legenda rock, Suhaimi A Rahman, 51, atau lebih dikenali sebagai Amy Search.
Penyanyi tersebut menyatakan, beliau bukan lah individu yang memperkenalkan skim berkenaan sebaliknya nama beliau yang digunakan sesetengah pihak untuk meyakinkan pelabur.
Beliau sendiri turut kerugian sebanyak RM450,000 setelah melabur dalam skim tersebut.
Amy juga mengulas yang beliau telah terpedaya oleh seorang tokoh korporat dimana wang yang dilabur sepatutnya digunakan untuk membina sebuah Pusat Tahfiz di Johor.
Sebelum ini, seorang individu yang hanya mahu dikenali sebagai Roslan mendakwa, beliau telah melaburkan sejumlah 1.5 juta setelah diperdaya oleh Amy.
Setelah lama menunggu, Roslan menghubungi kembali Amy untuk bertanyakan kembali tentang skim tersebut namun Amy hanya mendiamkan diri.
Sehingga kini Roslan hanya mendapat semula sejumlah RM272,000 sahaja daripada skim tersebut dan masih mendesak Amy untuk mendapatkan semula baki wang yang dilaburkan.
Menceritakan semula bagaimana dia terjebak dalam pelaburan berkenaan, Roslan mendakwa dia diperkenalkan kepada skim terbabit oleh seorang rakan.
Popularity: 3%