Arshavin Kecewakan Arsenal

arshavin

Nama beliau memang tidak asing lagi bagi penyokong pasukan Gunners dimana dia merupakan pemain yang disenangi oleh peminat dan juga barisan pemain Arsenal.

Namun begitu kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau baru-baru ini sama sekali menyemarakkan api kemarahan Arsene Wenger dan semua yang terlibat dengan pasukan Arsenal.

Semasa sidang media, Arshavin secara terbuka menyatakan yang beliau sangat layak untuk bermain bersama pasukan Barcelona di bawah bimbingan jurulatih Pep Guardiola.

Beliau juga menyatakan sekiranya diberi peluang, beliau akan berhijrah ke Barcelona pada musim panas ini bersama-sama rakan sepasukannya Gael Clichy.

Kenyataan ini telah menyebabkan pengurus Arsenal berasa sangat kecewa dan menyifatkan Arshavin sebagai tidak mengenang budi setelah membawanya dari Russia untuk bermain bersama Arsenal di England.

Dipetik dari kenyataan dalam akhbar The People, Arshavin mengakui yang persaingan untuk bermain dalam kesebelasan utama di Nou Camp adalah sangat sukar lebih-lebih lagi apabila terpaksa bersaing dengan Xavi dan juga Iniesta.

Tetapi baginya, persaingan tersebut adalah asam garam dalam dunia bola sepak dan menyifatkannya sebagai persaingan yang sihat.

Arshavin juga menyatakan yang beliau sangat mengidamkan untuk bermain bersama kelab gergasi yang hebat dan ingin sekali menjulang trofi bersama barisan pemain bintang dan Barcelona adalah pilihan yang tepat baginya.

Popularity: 4%

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*