Giliran Messi Pula Menggoda Cheryl

cheryl

Penyanyi kumpulan Girls Aloud yang cantik jelita Cheryl Cole nampaknya menjadi rebutan jejaka-jejaka tampan di seluruh dunia.

Mana tidaknya, dengan susuk tubuh yang menggiurkan serta rupa paras yang memukau, siapa yang tidak mahu memiliki bekas isteri pemain Chelsea, Ashley Cole ini.

Sebelum ini, jaguh tinju dunia, Amir Khan tampil menunjukkan minatnya terhadap Cheryl, kini giliran Messi pula dengan beraninya mengeluarkan kenyataan yang pasti membuatkan Ashley panas hati.

Messi minggu lalu mendesak penyanyi berkenaan menyokong Argentina dalam kempen Piala Dunia di Afrika Selatan dengan alasan pemain negara Amerika Selatan itu lebih memahami cara melayani wanita berbanding pemain Inggeris.

Mungkinkah semua ini hanyalah perang psikologi yang cuba dibuat oleh pemain pasukan Argentina kepada lawannya kelak England?

Messi membuat kenyataan sekiranya Cheryl mahukan negara baru untuk disokong pada saingan akhir Piala Dunia kelak, Argentina merupakan pasukan yang paling sesuai.

“Kami lebih kreatif dalam bermain bola sepak. Kami memiliki pemain lebih tampan dan jejaka Argentina amat memahami cara untuk membahagiakan wanita,” kata Messi.

Cheryl yang disenaraikan dalam senarai wanita tercantik dunia itu menjadi kegilaan ramai lelaki terkemuka apabila keretakan rumahtangganya diketahui umum.

Antara mereka yang dikatakan turut sama dalam perebutan Cheryl adalah Will.I.Am, Peter Andre, Putera Harry dan juga Robert Pattinson.

Popularity: 5%

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*