Inul Daratista Lahirkan Bayi Tabung Uji

inul

Inul dengan beraninya tampil untuk menjawab segala tohmahan yang dilemparkan ke atas dirinya berikutan kelahiran anak pertamanya itu yang masih menjadi persoalan sehingga kini.

Bayi yang  selamat dilahirkan oleh Inul Mei tahun lalu memang merupakan bayi yang dihasilkan melalui kaedah tabung uji dan merupakan perkongsian zuriat antara Inul dan suaminya Adam Suseno.

“ANAK saya itu bukan daripada benih lelaki lain. Ia benih suami saya sendiri,” tegas Inul Daratista atau Ainur Rokhimah, 31.

Inul juga menegaskan bahawa dia dan suami tidak mandul, namun masalah ketumbuhan rahim yang dialami Inul manyebabkan kegagalan Inul untuk mengandung secara normal.

Setelah 13 tahun mencuba, hanya kaedah tabung uji ini sahaja lah yang membuahkan hasil sekaligus menghadiahkan zuriat pertama buat Inul diberi nama Yusof Ivander Damares.

Penyanyi kontroversi itu ditanya lagi adakah tindakannya itu mendapat tentangan daripada ulama di Indonesia, Inul menjelaskan pada awalnya memang ada perbincangan yang membahaskan isu ini.

“Syukur alhamdulillah maklum balas yang diberikan sangat positif malah ulama menegaskan selagi benih itu daripada pasangan suami isteri, proses itu sah untuk dilakukan,” katanya.

Popularity: 5%

Tags: , , , , , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*