Johan Pecah Muka Bergaduh

johan

Pelawak yang juga pelakon yang sedang meningkat naik ketika ini dilaporkan telah bergaduh dengan pengarah drama sehingga mengalami kecederaan di muka.

Muhamad Yazid Lim ataupun Johan Raja Lawak telah dibaling dengan cawan sehingga luka di bahagian dahi di salah sebuah restoran di Taman Sri Pulai 2 Sikamat.

Pada petang itu, Johan dikatakan ingin berbincang dengan pengarah tersebut sebelum bertukar menjadi kekecohan dan pergaduhan.

Perbincangan tersebut dikatakan berkisarkan atas salah laku Johan yang sering lewat hadir untuk sesi penggambaran.

Johan yang pada mulanya ditenteramkan oleh isterinya Rozlinawaty Ismail ataupun Ozlynn akhirnya telah dibaling dengan segelas kaca oleh pengarah drama terbabit apabila keadaan menjadi semakin tegang.

Johan selepas itu dihantar ke Hospital Tunku Jaafar Seremban untuk mendapatkan rawatan susulan kecederaan yang dialami.

Setelah dirawat, Johan membuat laporan polis di Balai Polis Seremban ditemani oleh isterinya.

Johan dan Ozlynn pada ketika itu baru sahaja selesai menjalani penggambaran sebuah drama komedi seram di sana dimana kedua-dua mereka memegang watak utama.

Siapa sebenarnya yang bersalah dalam hal ini masih lagi tidak dapat dipastikan. Segalanya terpulang pada pihak polis untuk siasatan.

Popularity: 3%

Tags: , , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*