
Penyanyi yang juga merupakan bekas juara program realiti no 1 Malaysia, , Stracie Angie Anam atau lebih dikenali Stacy nyata terkilan dengan tragedi yang terjadi kepada kereta kesayangannya itu.
Dalam kejadiaan yang berlaku Ahad lalu, kereta yang dimenangi Stacy ketika menjuarai AF6 remuk apabila terbabit dalam kemalangan di Bandar Baru Kinrara, Puchong.
Difahamkan, kereta yang dipandu oleh abangnya Chelton itu gagal dikawal sebelum merempuh pembahagi jalan awal pagi tersebut.
Chelton yang memandu berseorangan mengalami kecederaan teruk pada kakinya apabila buku lalinya hancur selain patah kaki.
Stacy yang bercuti pada hari kejadian nyata sedih dengan apa yang terjadi dengan kereta kesayangannya yang bernilai RM70,000 itu namun tetap bersyukur kerana abangnya terselamat.
Tanpa berselindung, penyanyi genit itu mengakui dia amat terasa kehilangan kereta yang dianggapnya sebagai hadiah sangat berharga buat dirinya.
Sementara itu, Pegawai Trafik Selangor, Asisten Superintendan Hambazi Abdul Rahman, ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kemalangan berkenaan dan memberitahu, siasatan masih dijalankan.
Popularity: 5%