
Gara-gara kedegilan anak gadisnya yang enggan bersalaman dengannya, Mael XPDC tergamak memukul serta merotan anaknya.
Siapakah yang harus dipersalahkan dalam hal sebegini? Adakah Mael atau pun anaknya?
Syed Ismail Syed Ibrahim ataupun lebih dikenali sebagai Mael XPDC telah ditahan reman setelah isteri dan juga anaknya itu tampil untuk membuat laporan polis.
Difahamkan, kejadian tersebut berlaku pada hari Isnin lalu dimana Mael telah pergi ke rumah isterinya di Tanjung Agas untuk menziarahi anaknya berikutan mereka mengalami masalah rumahtangga.
Mael menjadi berang apabila anak gadisnya yang berusia 16 tahun itu tidak mahu bersalaman dengan Mael atas sebab yang tidak diketahui.
Bagi Mael, tindakan yang dilakukan itu adalah salah satu cara untuk mengajar anaknya itu berikutan perlakuan biadap anaknya kerana dikatakan tidak menghormatinya sebagai bapa.
Namun, berlainan pula dengan anaknya yang beranggapan pangajaran yang diberikan oleh bapanya yang juga bintang rock era 90-an itu sangat keterlaluan.
Selepas kejadian itu,Mael telah ditahan sepasukan polis di kediamannya di Jalan Lama,Muar bagi membantu siasatan. Berikutan itu, Mael telah ditahan reman selam 4 hari.
Kes ini di siasat mengikut Seksyen 337 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda tidak lebih RM1,000 jika disabitkan kesalahan.
Popularity: 5%