Paris Hilton Paling Dibenci

paris-hilton

Artis merupakan ikon kepada masyarakat dunia. Namun begitu, artis yang berperangai buruk sudah semestinya tidak akan disenangi oleh masyarakat umum.

Dalam undian yang telah dilakukan oleh Nurofen, Paris Hilton telah dinobatkan sebagai artis yang paling dibenci setakat ini.

Paris, yang juga merupakan wakil rangkaian hotel terkemuka dunia iaitu Hotel Hilton amat terkejut dengan pengumuman yang dibuat setelah undian dujalankan.

Ramai yang beranggapan Paris sama sekali tidak mempunyai bakat dalam apa jua bidang yang diceburinya dan hanya bergantung pada paras rupa sahaja.

Selain itu, Jonathan Ross yang merupakan penyampai berita terkemuka juga turut menjadi antara selebriti yang dibenci ketika ini apabila 86% responden telah memilihnya.

Ini disebabkan oleh kemarahan penonton yang menganggap beliau terlalu tamak setelah berpindah ke rangkaian BBC kerana bayaran tinggi.

Bintang sukan yang terbabit dalam skandal seks juga tidak terlepas. Kira-kira 41 peratus responden memilih bintang bola sepak Chelsea dan England, Ashley Cole.

Bintang golf Amerika Syarikat, Tiger Woods juga tersenarai sebagai manusia yang paling dibenci selepas beliau mengaku telah melakukan seks dengan 120 wanita.

Popularity: 3%

Tags: , , , , , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*