
Setelah pemeriksaan secara terperinci dilakukan, Pian Cecupak sama sekali tidak bersalah dalam tuduhan penduduk setempat menyatakan beliau terlibat dalam kegiatan maksiat di rumahnya.
Itulah senario yang berlaku kepada salah seorang ahli kumpulan lawak Cecupak apabila rumahnya telah diserbu oleh penduduk setempat.
Pian yang ketika ini berada dalam keadaan tertekan berikutan insiden tersebut menyeru agar masyarakat di luar sana tidak memandang serong dan menimbulkan fitnah terhadap mereka yang bernama artis.
Dalam kenyataannya yang dipetik dari akhbar harian Metro, Pian menyatakan:
” Saya tidur dan dalam keadaan sakit selepas mengalami penyakit berkaitan saraf yang hampir membuatkan saya lumpuh separuh badan.
Serbuan itu dibuat kerana ada pihak mengadu ada pasangan tidak berkahwin sehingga melahirkan anak tinggal bersamanya di rumah berkenaan.
Memang pasangan itu dan bayi mereka yang baru berusia sebulan tinggal bersama saya. Mereka sudah berkahwin tetapi dilakukan di Thailand dan dalam proses mendaftarkan perkahwinan mereka.
Ketika serbuan dilakukan, mereka menunjukkan semua bukti perkahwinan mereka dan kemudian diperintahkan memberi kenyataan di Jawi pada tarikh ditetapkan.”
Serbuan yang dilakukan secara terburu-buru tanpa kehadiran pihak polis itu nyata sekali menimbulkan kekesalan dan memberikan impak terhadap kehidupan peribadi beliau.
Beliau cuma mengharapkan agar kejadian seperti ini tidak akan berulang lagi.
Popularity: 8%