Shahir Kembali Ke Akademi Fantasia 8

1

Dalam pertandingan yang semakin menghampiri ke penghujungnya, kejutan demi kejutan dilakukan oleh pihak produksi rancangan realiti televisyen no 1 di Malaysia itu.

Malam ini menyaksikan satu lagi kejutan ditimbulkan dalam debaran Akademi Fantasia 8 dimana Shahir telah diundi untuk masuk semula ke pertandingan tersebut melalui undian AF MASUK.

Shahir yang juga merupakan bekas penyanyi kumpulan nasyid Saujana sebelum ini kelihatan amat terkejut setelah pengumuman dibuat oleh pengacara AF8 Sarimah Ibrahim.

Ramai yang beranggapan Farina mempunyai kelebihan untuk diundi masuk kerana dia merupakan pelajar yang baru sahaja disingkirkan pada konsert semalam.

Namun begitu, kuasa undian tetap berjaya mengatasi segala tohmahan dan tanggapan awal terhadap palajar-pelajar AF 8 ini.

Pengundian masuk Shahir ke Akademi memperlihatkan saingat menjadi semakin sengit apabila hanya 2 pelajar wanita yang masih kekal iaitu Adira dan juga Ain yang masing-masing mempunyai kelebihan dari segi vokal.

Mampukah Shahir bersaing dengan rakan-rakan Akademi yang lain? Segalanya terletak ditangan Shahir sendiri dimana kelebihan masih terletak pada Shahir yang biasa melakukan persembahan meskipun dalam genre yang berlainan sebelum ini.

Apa-apa pun, diharapkan dengan kemasukan semula Shahir ke AF8, persaingan akan menjadi lebih menarik sekaligus mengetepikan tohmahan yang sering dilemparkan oleh penkritik terkenal Adlin Aman Ramli.

Popularity: 3%

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*