Mungkin ramai antara kita masih tidak mengetahui siapakah sebenarnya Tilu walaupun lagu mereka sering kedengaran di corong radio ketika ini.
Ku Bukan Aku adalah antara lagu kumpulan ini yang sedang hangat dimainkan sehingga menduduki senarai carta teratas untuk beberapa stesen radio sekarang.
Mereka terdiri dari 8 anak muda yang masing-masing memainkan peranan tersendiri dalam menjayakan muzik yang mereka mainkan.
Apa yang menarik adalah irama yang dipilih dalam lagu-lagu mereka lebih kepada rentak jazz, R&B dan pop.
Mungkin atas sebab inilah kumpulan mereka semakin mendapat tempat dalam hati peminat irama tersebut.
Segalanya bermula apabila bakat mereka ini diketengahkan oleh KRU Music Group berikutan kelainan yang dibawa.
Edry KRU juga merupakan orang yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam penciptaan lagu Ku Bukan Aku sehingga melonjakkan nama Tilu ketika ini.
Album pertama mereka yang baru sahaja dilancarkan oleh Datuk Sheila Majid juga ada memuatkan 7 lagi lagu ciptaan Tilu sendiri.
Antara lagu yang terdapat dalam album terbaru Tilu ialah Diam-diam, Tolong, Yang Ku Ingin, I.L.U, Kau Selalu Ada, Malam Minggu dan Jangan-Jangan Cuba.
Sebagai penghibur,Tilu berharap agar peminat di luar sana dapat menerima muzik yang mereka bawakan serta memberi sokongan dalam apa juga yang mereka lakukan.
Tahniah Tilu dengan pelancaran album pertama. Seperti kebiasaan, anak didik KRU pastinya tidak mengecewakan.
Popularity: 3%