
Barcelona kini semakin menggila apabila dikatakan telah menawarkan sejumlah 70 juta euro (330 juta) bagi mendapatkan khidmat penyerang sensasi Liverpool Fernando Torres.
Setelah berjaya membawa bintang dari Valencia, David Villa ke Nou Camp semalam dengan bayaran sebanyak 35 juta eoro (165 juta), Barcelona dilihat semakin ghairah untuk mendapatkan khidmat pemain bertaraf bintang untuk bermain bersama mereka.
Terbaru, kapten Arsenal yang juga pemain antarabangsa Sepanyol, Cesc fabregas juga sedang dilamar oleh pihak pengurusan Barcelona.
Barca dikatakan mahu menyaingi kuasa membeli Sepanyol yang kini masih berpihak kepada musuh tradisi mereka Real Madrid.
Dengan seorang presiden baru akan mengambil alih kelab Catalan itu selepas kempen Piala Dunia 2010 nanti, Torres pasti menjadi buruan No. 1 mereka.
Sebelum ini, secara terbuka Torres menyatakan kekecewaan yang dialaminya ketika berada di Anfield kerana mereka tidak berjaya memperolh sebarang piala untuk 3 musim berturut-turut.
Selepas Torres mengeluarkan kenyataan tersebut,semakin banyak kelab-kelab terkemuka menyatakan hasrat untuk memiliki pemain berusia 26 tahun tersebut.
Jika Torres bersetuju untuk berhijrah ke Nou Camp, beliau merupakan pembelian terbesar kelab itu untuk musim ini.
Popularity: 4%