Ziana Zain Gugurkan Protege Sendiri

ziana

Tiada siapa yang bakal menyangka bahawa Ziana mampu untuk membuat rombakan besar terhadap protegenya sendiri.

Namun begitu, inilah hakikat yang perlu ditanggung oleh Thalia atau nama sebenarnya Ketty Natalia Rasul yang telah digugurkan oleh penyanyi terkemuka itu.

Ziana uang juga merupakan salah seorang Mentor bagi rancangan realiti terbitan media prima itu punya alasan tersendiri mengapa Thalia harus digugurkan.

Dalam perbincangan bersama pihak produksi terbitan, Ziana telah berjaya mempengaruhi mereka untuk mengeluarkan Thalia atas sebab peserta tersebut masih lagi belum bersedia dari segi fizikal dan mental sebagai seorang penghibur.

Pengguguran tersebut telah memperlihatkan seorang lagi nama baru Mohd. Izwan Mohd. Nor@Mohd, telah dipanggil untuk menggantikan Thalia.

“Ini bukan keputusan saya seorang, tetapi perbincangan sudah dilakukan dengannya dan pihak produksi yang terlibat,” katan Ziana.

Ziana yang ditemui setelah berkahirnya konsert Mentor 4 minggu lalu nampak tenang dan berpuas hati dengan persembahan yang ditunjukkan oleh protege barunya.

Diharapkan selepas ini penonton akan memberi sokongan sepenuhnya kepada rancangan tersebut dan menghadiri konsert yang diadakan di Dewan MBSA itu.

Popularity: 4%

Tags: , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*