Pemuda Pakatan Rakyat Desak Kerajaan(BN) Henti Menggunakan Perkhidmatan APCO

Adobe Flash Plugin is required to see this video. Click here to download the latest version of Adobe Flash Player Plugin.

boikot apco

Selari dengan dengan suara kerajaan yang membantah dan telah membuat bentangan usul untuk mengecam tindakan Israel yang menyerang kapal bantuan ke Gaza, Pemuda Pas dan PKR telah menyerahkan nota bantahan kepada kepada pegawai khas kepada Perdana Menteri, Razali Ibrahim di pejabat Perdana Menteri di Putrajaya pagi ini di bawah pengawasan ketat kira-kira 20 anggota polis dan pegawai keselamatan.

Delegasi ini yang diketua oleh Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan turut disertai setiausaha Dewan Pemuda PAS, Kamaruzzaman Mohd dan ketua Pemuda PKR Selangor Khairul Anwar membantah dan mahu perdana menteri henti menggunakan khidmat nasihat APCO.

“Inilah masanya bagi perdana menteri mengambil langkah tegas untuk memprotes jenayah perang yang dilakukan oleh Israel,” kata Shamsul

Inilah masanya kerajaan tunjukan mereka benar-benar serius dalam mengecam tindakan Israel bukan sekadar bercakap seperti melepaskan batok ditangga.

Apco ialah firma yang dikatakan pro Zionis-Israel itu berperanan dalam urusan keselamatan dalam negara dan Malaysia menggunakan perkhidmatan mereka.

-malaysiakini

Popularity: 5%

Tags: , , , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*