Ada pendapat yang mengatakan penggunaan kondom memberikan kesan negatif kepada pasangan seperti penyakit radang dan kencing kotor.
Si isteri mungkin akan merasa pedih setelah melakukan hubungan seks menggunakan kondom dari satu jenama tetapi jika menggunakan jenama lain, tiada kepedihan dirasakan.
Ini mungkin disebabkan oleh pelincir yang digunakan pada kondom tersebut. Alahan terjadi pada alat kelamin isteri yang tidak sesuai dengan alat pelinciran tersebut.
Sama seperti mana-mana bahan, ubat atau makanan, seseorang boleh mempunyai alahan terhadapnya sedangkan orang lain tidak mengalaminya.
Jika ini berlaku, segera elakkan dari menggunakan kondom jenama terbabit dan cuba beralih pada jenama lain yang tidak mendatangkan kesan pada isteri.
Bagaimanapun, ia mungkin sebenarnya tidak berkaitan. Berkemungkinan juga isteri anda sebenarnya mengalami jangkitan kuman akibat hubungan seks.
Geselan kemaluan anda pada kemaluan isteri boleh menyebabkan iritasi dan rekahan kulit sehingga mengundang jangkitan kuman.
Selain itu, memandangkan saluran kencing wanita (uretra) wanita lebih pendek berbanding lelaki, wanitalah yang lebih kerap mengalami jangkitan kuman sehingga ke dalam pundi kencing.
Hubungan seks yang kerap (walaupun tanpa menggunakan kondom) merupakan satu daripada penyebab jangkitan pundi kencing pada wanita.
Untuk mengurangkan risikonya, teknik penjagaan kebersihan kemaluan, meminum air yang banyak, tidak menahan kencing dan membersihkan kemaluan selepas hubungan seks bolehlah diamalkan.
Popularity: 3%
