Kesegaran payudara berkadar langsung dengan keyakinan seseorang wanita itu sehinggakan ada di antara mereka yang akan berasa malu untuk bersama suami akibat masalah itu.
Namun begitu, masih ada pelbagai cara yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah itu seperti suntikan hormon pada payudara itu. Cara ini walaubagaimanapun memerlukan kos yang tinggi menyebabkan ramai yang tidak mampu.
Perubahan saiz payudara sewaktu kehamilan (akibat pembentukan kelenjar susu) menjadikan payudara ‘penuh dan lebih besar.’
Setelah beberapa lama selepas melahirkan dan setelah menghentikan penyusuan badan, kelenjar ini menyusut dan digantikan dengan tisu lemak yang disebabkan oleh peningkatan usia. Ini menyebabkan kulit payudara mengendur dan kepadatan payudara berkurangan.
Ini adalah perubahan yang akan dialami oleh setiap wanita, namun tidak semua merasa rendah diri seperti anda walaupun mereka lebih berusia dan turut mengalami kesan lain akibat penambahan usia.
Terdapat pil dan suntikan berhormon untuk ‘memejalkan’ payudara, tetapi pil ini boleh mendatangkan kesan sampingan yang membahayakan terhadap payudara itu sendiri dan organ lain seperti rahim yang mungkin hanya kelihatan setelah suatu jangkamasa panjang sama seperti kanser ataupun pembekuan darah dalam paru-paru.
Anda perlu mendapatkan pemeriksaan dan berbincang dengan doktor anda terlebih dahulu sebelum mengambilnya. Doktor anda juga mungkin akan menggunakan kombinasi hormon untuk melawan kesan sampingan ubat terbabit.
Alasan menjadikan payudara sebagai simbol menarik perhatian atau keghairahan suami mungkin tidak sesuai dipakai. Anda mungkin akan diberikan pandangan yang sama apabila mengutarakan kebimbangan ini pada pakar bedah plastik, pembedahan membesarkan payudara (jika mahu) mungkin bukan jalan penyelesaian mutlak untuk keharmonian rumahtangga.
Keindahan hubungan rumah tangga (sama ada suami isteri mahupun anda bersama anak-anak) sepatutnya lebih daripada itu sahaja.
sumber: MyMetro Online
Popularity: 3%
